Tuesday, November 4, 2008

No 1's Birthday Cake

Sponge Bob Square Pants character requested for 1 year old baby old of my customer early this year. I've never learned how to do any shape with fondant except for flower or something simpler.


Tema yang diminta adalah hidupan laut. Tapi aku pun pelik kenapalah si customer aku ni tetiba je nak masukkan si sponge bob tu lak sebagai hiasan kat atas kepala kek. lantaklah... janji dia bayar kat aku, hahahaha... Sbnrnya, fondant hanya digunakan sebagai cover kek tu. Disebabkan tema adalah hidupan laut, so yang warna biru tu kunun2nya adalah laut. Untuk rumpai-rumpai laut dan lumut-lumut tu pula aku gunakan royal icing. Nampak macam susah, tapi sebenarnya aku calit-calit je kat fondant tu... biarlah beberapa warna yang menunjukkan keruhnya dasar laut... utk rumpai pula, aku guna nozle bentuk daun dan aku panjatnya pula pada cover kek tu.








This is how the cake look like after almost three hours decorating session. Perrrgghh... berpeluh gak aku buat walaupun aku start deco pukul 3 pagi.

Hasilnya? Nasib baik sungguh memuaskan!

Monday, November 3, 2008

Playing with Fondants...


I'm using a dummy cake for this design. It was actually ordered by someone in Malacca last year for her son's engagement. Trying to combine the fondant and royal icing, I felt proud with the design. And, oh yeah... the flower is the fake one. I'm not good in deco-ing flowers. heheeh...




My Heart Will Go On... ihik ihik ihik... the pink base is fondant. I just have to combine it with fresh red royal icing flower swirl and white dot on the cake to make it look alive! Just a simple touch!

Friday, June 22, 2007

Hasil contengan pertamaku....

Ini adalah contengan pertama aku pada cuppies... waktu mula-mula berniaga cuppies ni, kami buat mini cuppies... cuppies yang sekali sumbat dalam mulut terus hilang... hehehe... waktu tu, aku hanya suka guna nozle 'star'. entah kenapa dalam banyak-banyak nozle, yang itu juga pilihan hati...

Guna nozle star ni cukup senang lebih-lebih lagi atas mini cuppies. tak sampai lima minit, aku boleh siapkan lebih kurang 20 cuppies. kami jual tak mahal... 100 pcs RM30. cuma yang jadi masalah, bila nak buat delivery. payah nak kena angkut kotak berhati-hati sebab takut cuppies 'berlanggaran' sesama sendiri di dalam kotak..

waktu tu bangga sungguh dapat tengok hiasan buatan sendiri. kalau sebelum ni aku hairan cam mana orang boleh buat hiasan atas cuppies, sekarang aku dah boleh tersenyum lebar sebab tau macam mana semua corak terhasil...

selalunya corak di atas cuppies tu aku gunakan butter cream. rasanya? lemak-lemak manis! kalau makan sikit, aku boleh tahan lagi, tapi kalau dah terlampau banyak, aku rasa macam nak muntah sebab aku ni bukan minat benda manis-manis sangat nih!! hehehe...

Wednesday, June 6, 2007

Selamat Datang Ke Rumah Deko ku...

Assalammualaikum

Aku hanya insan biasa... Yang suka pada benda-benda kreatif dan cantik. Aku meminati bidang penulisan dan muzik... Namun sekarang, aku sudah pun bergelar 'pencorak hiasan kek'! hehehehe... Cubaan yang tidak disangka-sangka boleh menjadikan aku seorang yang sudah semakin komited pada bidang baru yang terlalu asing pada aku satu ketika dahulu...

Aku tak pernah bermimpi untuk menjadi pelakar corak sebelum ni. Tapi yang pastinya, aku ada menyimpan angan-angan untuk membuat kek untuk majlis kahwinku sendiri satu hari nanti. Aku suka sungguh dgn seni hiasan. Dulu, sewaktu belajar, aku sanggup mereka segala kad untuk diberikan kepada sesiapa jua. Mungkin bakat seni mmg dah ada dalam diri aku. Cuma kadang-kala masa saja yang tidak mengizinkan...

Segalanya secara kebetulan. Kawan aku ajak aku buat biz. Pada mulanya kami cuma tau buat swirl jek. itu pun untuk cuppies yg kecil. Tapi lama-lama, aku cuba guna tip (nozel) yang lain utk cuppies yg lebih besar... Menjadi! Terperanjat tapi suka!

Bermula dari saat itulah, aku mula gian nak melakar! Ahakss... Ramai juga yang tanya, belajar di mana? Bila aku cakap aku tak pernah belajar semua ni, tak percaya pula! Habis tu, apa yang patut aku jawab? Ada juga yang minta ajar cara-cara menghias kek, tapi minta maaf banyak-banyak... aku masih belum bersedia lagi untuk menjadi guru! hehehe.. Aku sendiri pun masih lagi mencari kelas-kelas yang sesuai untuk belajar lebih lanjut. Peringkat sijil pun belum lepas lagi ni... :)

Dalam tempoh tidak sampai setahun, kiranya bolehlah dikatakan satu pencapaian pada aku dan kawan aku, sebab ramai yang suka pada produk kami. Alhamdulillah, semoga rezeki sentiasa dilimpahkan kepada kami...

Toni Braxton - Unbreak My Heart

Loading...